Saturday, March 28, 2015

PENYUSUNAN SURAH AL-QURAN

SOALAN 1: Jumlah surah dalam al quran ialah 114 dan ia pula tidak sama panjang dan pendeknya. Jadi apakah pengertian surah dan berapa jumlah surah dalam al quran ?


Pengertian Surah

(i)    Manna’ al-Qattan mentakrifkan surah sebagai

                  Maksudnya: “Sejumlah ayat al-Quran paling sedikit tiga ayat, Terdiri atas awal surah dan akhir surah.

(ii)   Jadi surah bererti sekelompok, sejumlah atau sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.

       Kefahaman itu diambil dari makna ‘tembok yang menghadkan sesuatu kota’ kerana di dalamnya terdapat perletakan suatu kata di samping kata yang lain, suatu ayat di samping ayat yang lain.  Ibarat suatu tembok, yang merupakan peletakan dan penyusunan bata, baris demi baris.

       Ada kalanya di dalam surah terdapat makna luhur dan tinggi secara maknawi, yang menyerupai ketinggian tembok.

       Ada  kalanya  pula  kerana  surah  merupakan benteng  dan  penjagaan bagi Muhammad SAW dan apa yang dibawanya seperti Al-Quran dan agama Islam dari segi keberadaannya sebagai mukjizat yang melemahkan setiap yang sombong. Allah SWT akan menampakkan kebenaran yang benar dan menampakkan kesalahan yang salah, meskipun para pendosa tidak suka.  Ini lebih menyerupai benteng yang membatasi suatu kota yang menjaganya dari ancaman musuh.


Jumlah surah dalam al quran

Surah-surah dalam Al-Quran berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Yang terpendek adalah surah al-Kautsar yang terdiri dari tiga ayat pendek dan yang terpanjang adalah surah al-Baqarah yang terdiri dari dua ratus lapan puluh lima atau lapan puluh enam ayat, merupakan deretan ‘at-thiwal’ yang terpanjang. Bahkan di dalamnya terdapat ayat tentang hutang yang merupakan ayat sebagaimana telah dijelaskan.


Di  antara  surah  al-Baqarah  dengan  surah  al-Kautsar,  terdapat  banyak  surah yang berbeza-beza dari  segi  panjang dan  pendeknya. Pembatasan panjang atau pendek merupakan bidang kuasa Allah SWT semata kerana suatu hikmah murni yang diketahui oleh yang diberi pengetahuan oleh-Nya.


SOALAN 2: Jumlah surah dalam al quran ialah 114 dan ia pula tidak sama panjang dan pendeknya. Jadi adakah surah yang panjang mahupun pendek berada pada satu bahagian yang sama. Jika tidak, sila jelaskan pembahagian surah-surah Al-quran yang sebenar?


Ulama   membahagikan surah-surah menjadi empat bahagian dengan istilah-istilah yang khusus, iaitu al-Tiwal’,al-Mi’in,al- Mathani’ danal-Mufassal’:





SOALAN 3: Ulama berselisih pendapat tentang tertib dan susunan surah-surah Al-Quran. Terdapat tiga golongan yang berselisih pendapat tentang hal ini. Jadi apakah pendapat tiga golongan tersebut ?


Berkaitan dengan tertib dan susunan surah-surah Al-Quran ulama berselisih pendapat, pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu:


1. Pendapat pertama: melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah.

              Pendapat ini didokong oleh Abu Jaafar Al-Nahhas dan Abu Al-Anbari, mereka berkata: bahawa tertib surah dalam al-quran adalah melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Dimana baginda diberitahu melalui malaikat jibril di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya sampai ke zaman kita sekarang. Antara lain buktinya ialah :

a)   Pengumpulan dan mashaf uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih mengenainya. Dari situ jelas ia adalah merupakan suatu ijma’.

b)  Rasullullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang baginda . Hal itu, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaiban yang bermaksud: Nabi pernah membaca beberapa surah mufassal (surah yang pendek) dalam satu rakaat.

c)  Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Mas’ud yang berkata maksudnya : Surah Bani Israil, Al Kahfi, Mariam, Taha Dan Al-Anbiya: surah-surah itu termasuk kategori surah yang diturunkan di mekah dan yang mula-mula aku pelajari. Selepas itu Ibn Mas’ud menyebutkan surah-surah itu secara berurutan sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang.

d)    Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormati tertib surah-surah al-quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmani, kerana penyusunannya dan penulisannya telah ijma’.


2.  Pendapat kedua: Berpandukan ijtihad para sahabat berkenaan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka.

Pendapat ini didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar. Ulama tersebut berpendapat demikian dengan membawa hujah mereka , iaitu :
  
a)     Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelum Khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam . Sekiranya tertib surah itu berdasarkan tauqifi , tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat . Sebagai bukti ialah :

                  Mashaf milik Saidina Ali disusun menurut tertib Nuzul Al-Quran atau masa turun. iaitu dimulai dengan surah Al-Muzammil, Al Masad, Al-Takwir, seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani.

                    Mashaf milik Ibn Mas’ud yang pertama ditulis adalah surah al-baqarah, al-nisa’, kemudian ali Imran.

                     Dalam mashaf Ubai Ibn Ka’ab yang pertama ditulis ialah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Al-Nisa’, kemudian Al-Imran.


b)     Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas daripada Hibban Ibn Yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy dia berkata:




       
3. Pendapat ketiga: Sebahagian taufiqi dan sebahagian ijtihad para sahabat.

                Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara taufiqi atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat.
              
                 Pendapat ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar : tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi .


Hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi katanya :




RUMUSAN


Pendapat pertama: Pendapat yang rajih dan lebih tepat. 

Tertibnya berdasarkan taufiqi, sama ada tertib ayat-ayat. Ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn Al-Anbari: Allah telah menurunkan Al-Quran seluruhnya ke langit dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu diturunkan kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula, Jibrail sentiasa memberitahu Nabi di manakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan. Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adalah menurut penetapan Nabi s.a.w.

Pendapat kedua dan ketiga: Dapat disangkal.

Kerana pendapat pertama berdasarkan ijma’ dan dalil ada taufiqi daripada Nabi sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat pertama dengan mengemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi jika dibandingkan dengan riwayat lain.

Pendapat ketiga: Adalah bukan marfu’ kepada Nabi.

Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlaku perbezaan mashaf di kalangan sahabat itu dapat dijawab, di mana kemungkinan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu ada taufiqi daripada Nabi s.a.w.


SOALAN 4: Setelah kita mengetahui urutan surah, adakah perlu kita menghormati urutan surah yang telah ada?


Sheikh Zarqani dalam kitabnya Manahilmenjelaskan: Samada urutan surah tauqifi atau ijtihad, seelok-eloknya tetap dihormati, lebih-lebih lagi dalam penulisan mushaf, kerana hal ittelah menjadi ijma sahabat. Ijmak juga merupakan hujjah. Di samping itkerana menyimpang daripada susunan tersebut boleh menghasilkan fitnah. Menolak fitnah dan menghalang segala kemungkinan timbulnya kerosakan adalah wajib.

Menyusun surah dalam pembacaan hukumnya tidak wajib hanya sunnah. Berikut ini kami kemukakan pernyataan Imam al-Nawawi di dalam bukunya, al-Tibyan:

Ulama mengatakan: Sebaiknya membaca Al-Quran berdasarkan urutan mushaf. Mula-mula membaca al-Fatihah, kemudian al-Baqarah, diteruskan dengan Ali Imran dan seterusnya secara berurutan, samada dalam solat ataupun luar solat.  Sehingga sebahagian kami menyatakan:  Jika seseorang telah membaca surah al-Nas pada rakaat pertama, maka pada rakaat kedua selepas membaca al-Fatihahendaknya membaca sebahagian dari al-Baqarah.”

Sebahagian pendapat lain menjelaskan: Digalakkan bila seseorang telah membaca suatu surah, maka pembacaan berikutnya adalah surayanterdapat selepasnya. Dalilnya adalah bahawa urutan mushaf itu dibuat kerana ada hikmahnya.  Sehingga urutan seperti itu seelok-eloknnya tetap dijaga kecuali yang dikecualikan syaraseperti:



Seandainya seseorang membaca tidak mengikut urutan, misalnya pada rakaat pertama ia membaca suatu surah, dan rakaat berikutnya membaca surah yang terletak sebelumnya, maka hukumnya harus. Berkaitan hal ini, banyak sekali athar yang menjelaskan.  Umar ibn al-Khattab pernah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama solat subuh dan surah Yusuf pada rakaat keduanya.


SOALAN 5: Senaraikan nama-nama surah menurut tertib turunnya?


RUJUK AL-QURAN MASHAF UTHMANI


RUJUK AL-QURAN MASHAF UTHMANI



SOALAN 6: Pembahagian surah itu mempunyai beberapa hikmah tertentu. Huraikan dengan jelas hikmah yang diperolehi hasil daripada pengetahuan tentang surah-surah Al-Quran.