SOALAN
1: Jumlah surah dalam al quran ialah 114 dan ia pula tidak sama panjang dan
pendeknya. Jadi apakah pengertian surah dan berapa jumlah surah dalam al quran
?
Pengertian
Surah
(i) Manna’ al-Qattan mentakrifkan surah sebagai
Maksudnya: “Sejumlah ayat al-Quran
paling sedikit tiga ayat, Terdiri atas awal surah dan
akhir surah”.
(ii) Jadi surah bererti sekelompok, sejumlah
atau sekumpulan ayat-ayat
al-Quran yang terbentuk secara
tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.
Kefahaman itu diambil dari makna ‘tembok
yang menghadkan sesuatu kota’ kerana di dalamnya terdapat perletakan
suatu kata di samping kata yang lain, suatu ayat di samping ayat yang lain. Ibarat
suatu tembok, yang merupakan peletakan dan penyusunan bata, baris demi baris.
Ada kalanya di
dalam surah terdapat makna luhur dan tinggi secara maknawi, yang menyerupai ketinggian tembok.
Ada kalanya pula kerana surah merupakan benteng
dan penjagaan bagi Muhammad SAW dan apa yang dibawanya seperti
Al-Quran dan agama Islam
dari segi keberadaannya sebagai mukjizat yang melemahkan setiap yang
sombong. Allah SWT akan menampakkan
kebenaran yang benar dan menampakkan kesalahan yang salah, meskipun para pendosa tidak suka.
Ini
lebih menyerupai benteng yang membatasi suatu kota yang menjaganya
dari ancaman musuh.
Jumlah
surah dalam al quran
Surah-surah dalam Al-Quran
berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya.
Yang terpendek adalah surah al-Kautsar yang terdiri dari tiga ayat pendek dan yang terpanjang adalah surah al-Baqarah yang terdiri dari dua ratus lapan puluh lima atau lapan puluh enam ayat, merupakan deretan ‘at-thiwal’
yang terpanjang. Bahkan di dalamnya terdapat
ayat tentang hutang yang merupakan ayat sebagaimana telah
dijelaskan.
Di
antara
surah
al-Baqarah dengan surah al-Kautsar, terdapat banyak surah yang
berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Pembatasan panjang atau pendek merupakan bidang kuasa Allah SWT semata kerana suatu hikmah murni yang diketahui oleh yang diberi pengetahuan oleh-Nya.
SOALAN 2:
Jumlah surah dalam al quran ialah 114 dan ia pula tidak sama panjang dan
pendeknya. Jadi adakah surah yang panjang mahupun pendek berada pada satu
bahagian yang sama. Jika tidak, sila jelaskan pembahagian surah-surah Al-quran
yang sebenar?
Ulama membahagikan
surah-surah menjadi
empat bahagian
dengan istilah-istilah yang khusus, iaitu ‘al-Tiwal’,‘al-Mi’in’,‘al- Mathani’ dan ‘al-Mufassal’:
SOALAN
3: Ulama berselisih pendapat tentang tertib dan susunan surah-surah Al-Quran.
Terdapat tiga golongan yang berselisih pendapat tentang hal ini. Jadi apakah
pendapat tiga golongan tersebut ?
Berkaitan dengan tertib dan susunan surah-surah Al-Quran ulama
berselisih pendapat, pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga golongan,
iaitu:
1. Pendapat pertama: melalui
penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah.
Pendapat ini
didokong oleh Abu Jaafar Al-Nahhas dan Abu Al-Anbari, mereka berkata: bahawa
tertib surah dalam al-quran adalah melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah
sama seperti tertib ayat. Dimana baginda diberitahu melalui malaikat jibril di
atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-quran semenjak zaman nabi
telah tersusun surah-surahnya sampai ke zaman kita sekarang. Antara lain
buktinya ialah :
a) Pengumpulan
dan mashaf uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi dan tidak ada
seorang sahabat pun yang berselisih mengenainya. Dari situ jelas ia adalah
merupakan suatu ijma’.
b) Rasullullah
juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang baginda . Hal
itu, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaiban yang bermaksud: Nabi
pernah membaca beberapa surah mufassal (surah yang pendek) dalam satu rakaat.
c) Hadis
yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Mas’ud yang berkata maksudnya :
Surah Bani Israil, Al Kahfi, Mariam, Taha Dan Al-Anbiya: surah-surah itu
termasuk kategori surah yang diturunkan di mekah dan yang mula-mula aku
pelajari. Selepas itu Ibn Mas’ud menyebutkan surah-surah itu secara berurutan
sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang.
d)
Ulama
telah sepakat mengatakan wajib menghormati tertib surah-surah al-quran yang
telah tersusun dalam Mashaf Uthmani, kerana penyusunannya dan penulisannya
telah ijma’.
2. Pendapat kedua: Berpandukan
ijtihad para sahabat berkenaan ingatan dan
perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka.
Pendapat ini didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar. Ulama
tersebut berpendapat demikian dengan membawa hujah mereka , iaitu :
a)
Mashaf
para sahabat berbeza di antara mereka sebelum Khalifah Uthman Ibn Affan
memerintahkan supaya ditulis secara seragam . Sekiranya tertib surah itu
berdasarkan tauqifi , tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di
kalangan para sahabat . Sebagai bukti ialah :
Mashaf milik Saidina Ali disusun menurut tertib Nuzul Al-Quran atau
masa turun. iaitu dimulai dengan surah Al-Muzammil, Al Masad, Al-Takwir,
seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani.
Mashaf milik Ibn Mas’ud yang pertama ditulis adalah surah al-baqarah,
al-nisa’, kemudian ali Imran.
Dalam mashaf Ubai Ibn Ka’ab yang pertama ditulis ialah Al-Fatihah,
Al-Baqarah, Al-Nisa’, kemudian Al-Imran.
b) Sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas daripada
Hibban Ibn Yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy dia berkata:
3. Pendapat ketiga: Sebahagian
taufiqi dan sebahagian ijtihad para sahabat.
Pendapat
ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara taufiqi
atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad
para sahabat.
Pendapat
ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar : tertib sebahagian besar surah
adalah bersifat taufiqi .
Hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi katanya :
RUMUSAN
Pendapat pertama: Pendapat yang rajih dan lebih tepat.
Tertibnya berdasarkan taufiqi, sama
ada tertib ayat-ayat. Ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn
Al-Anbari: Allah telah menurunkan Al-Quran seluruhnya ke langit dunia. Kemudian
ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu diturunkan kerana
sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang
bertanya. Dalam hal itu pula, Jibrail sentiasa memberitahu Nabi di manakah sesebuah
surah dan ayat itu seharusnya diletakkan. Justeru itu, semua susunan surah dan
ayat adalah menurut penetapan Nabi s.a.w.
Pendapat kedua dan ketiga: Dapat
disangkal.
Kerana pendapat pertama berdasarkan ijma’ dan dalil ada taufiqi
daripada Nabi sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat pertama dengan
mengemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak
boleh dipertikaikan lagi jika dibandingkan dengan riwayat lain.
Pendapat
ketiga: Adalah bukan marfu’ kepada Nabi.
Seterusnya untuk menyangkal persoalan
yang berkaitan dengan berlaku perbezaan mashaf di kalangan sahabat itu dapat
dijawab, di mana kemungkinan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu
ada taufiqi daripada Nabi s.a.w.
SOALAN
4: Setelah kita mengetahui urutan surah, adakah perlu kita menghormati urutan
surah yang telah ada?
Sheikh Zarqani dalam
kitabnya ”Manahil”
menjelaskan: Samada urutan surah tauqifi atau
ijtihad, seelok-eloknya tetap dihormati, lebih-lebih lagi
dalam penulisan mushaf, kerana hal itu telah menjadi ijma’ sahabat. Ijmak juga merupakan hujjah. Di samping itu kerana menyimpang daripada susunan tersebut boleh menghasilkan fitnah. Menolak
fitnah dan
menghalang segala kemungkinan timbulnya kerosakan adalah wajib.
Menyusun surah dalam pembacaan
hukumnya tidak wajib hanya sunnah. Berikut ini kami
kemukakan pernyataan Imam
al-Nawawi di dalam bukunya, al-Tibyan:
“Ulama mengatakan:
Sebaiknya
membaca Al-Quran
berdasarkan urutan
mushaf. Mula-mula membaca al-Fatihah, kemudian al-Baqarah, diteruskan
dengan Ali Imran dan seterusnya secara berurutan, samada
dalam solat
ataupun luar solat. Sehingga sebahagian
kami menyatakan: Jika seseorang telah membaca surah
al-Nas pada rakaat pertama, maka pada rakaat
kedua selepas
membaca
al-Fatihah hendaknya
membaca sebahagian dari al-Baqarah.”
Sebahagian pendapat lain menjelaskan:
Digalakkan bila seseorang telah membaca suatu
surah, maka pembacaan berikutnya adalah surah yang terdapat selepasnya. Dalilnya adalah bahawa
urutan mushaf itu
dibuat kerana ada hikmahnya. Sehingga
urutan seperti itu seelok-eloknnya tetap dijaga kecuali
yang dikecualikan syara’ seperti:
Seandainya seseorang membaca tidak
mengikut urutan, misalnya pada rakaat pertama ia
membaca suatu surah,
dan rakaat berikutnya membaca surah yang terletak sebelumnya,
maka hukumnya harus. Berkaitan hal ini, banyak sekali athar yang menjelaskan. Umar
ibn
al-Khattab pernah membaca surah al-Kahfi
pada rakaat pertama solat subuh dan surah
Yusuf pada rakaat keduanya.
SOALAN
5: Senaraikan nama-nama surah menurut tertib turunnya?
RUJUK AL-QURAN MASHAF UTHMANI |
RUJUK AL-QURAN MASHAF UTHMANI |
SOALAN
6: Pembahagian surah itu mempunyai beberapa hikmah tertentu. Huraikan dengan
jelas hikmah yang
diperolehi hasil daripada pengetahuan tentang surah-surah Al-Quran.
No comments:
Post a Comment