SOALAN
1: Kita sering kali menyatakan bahawaayat-ayat al-Quran sebanyak
6 ribu
lebih. Apakah yang perlu
difahami mengenai pengertian
ayat dari sudut bahasa?
SOALAN 3 : Apakah perbezaan Taufiqi dan Tauqifi?
SOALAN 4: Cara mengetahui ayat al-quran terbahagi kepada dua. Nyatakan kedua-dua pendapat tersebut?
SOALAN 4: Cara mengetahui ayat al-quran terbahagi kepada dua. Nyatakan kedua-dua pendapat tersebut?
Pendapat kedua: Sebahagian ulama
Apabila Nabi selalu membaca sesuatu lafaz itu dengan wakaf atau berhenti, maka sah atau pastilah lafaz itu adalah Fashilah (akhir ayat). Sebaliknya, sekiranya nabi selalu membaca lafaz itu dengan sambung atau wasal, maka pastinya ia bukan Fashilah (akhir ayat).
SOALAN 5:
Adakah jumlah ayat-ayat al-quran sebanyak 6,200 ayat lebih?
SOALAN 6:
BAGAIMANA PULA DENGAN PENENTUAN TERTIB AYAT ?
1.
Tertib ayat dan urutan ayat adalah TAUFIQI (ketetapan daripada
Rasulullah s.a.w).
Buktinya :
1. Berkaitan penyusunan dan tertib ayat Al-quran
berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Ahmad daripada Usman Ibn Abu
al-'As, katanya:
Maksudnya : Satu ketika sedang aku duduk
bersama Rasulullah, tiba-tiba pandangan Baginda menjadi tajam, kemudian selepas
itu seperti biasa. Kemudiannya Baginda bersabda : Malaikat Jibrail telah datang
menemuiku dan memerintahkan supaya aku meletakkan ayat ini di tempat sekian
daripada surah itu.
2. Terdapat di dalam hadis yang sahih menyatakan
bahawa Rasulullah telah membaca sejumlah ayat tertentu secara tertib ayatnya
ketika sembahyang subuh. Contohnya surah Al-baqarah dan Al-Nisa.
3. Selain itu, sejumlah hadis yang menunjukan
keutamaan dan kelebihan ayat daripada surah-surah
tertentu. Contohnya hadis yang diriwayatkan Muslim daripada
Abu Darda' katanya yang bermaksud :
'Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat
terawal dalam Surah Al-Kahfi, nescaya Allah akan
melindunginya daripada fitnah dajjal’.
4. Ibn Hasar berkata : "Penyusunan surah dan
perletakkan ayat-ayat di tempatnya adalah dilaksanakan
menurut perintah wahyu. Rasulullah s.a.w biasa
mengarahkan:
"Letakkan ayat anu di tempat anu." Dengan sebab terdapat keyakinan yang jazam tanpa sebarang keraguan iaitu
nukil yang mutawatir tentang tertib susunan-susunan
ayat dari bacaan Rasulullah s.a.w sendiri yang mana
sekalian para sahabat telah bersatu kata (ijmak) untuk
menulisnya menurut susunan-susunan itu dalam mashaf-mashaf".
Berdasarkan hujah dan bukti tersebut, pendapat
jumhur inilah yang rajih dan tepat hujah tersebut jelas menunjukan tertib ayat
adalah bersifat TAUFIQI yakni tdak ada celah bagi fikiran atau ijtihad
memainkan peranannya dalam perkara tersebut.Tiada hak bagi sesiapa pun,walau
bagaimana tinggi kedudukannya dalam Islam untuk merubah tempat letak satu-satu
ayat itu bahkan walau sepatah kalimah sekalipun.
SOALAN 7: Setelah mengetahui ayat yang terkandung di
dalam al-quran tersebut. Apakah faedah yang diperolehi hasil daripada kita
mengetahui ayat?
1. Mengetahui tentang ayat sama ada pendek atau
panjang memberi keyakinan kepada kita bahawa al-quran adalah mukjizat terbesar Nabi
Muhammad dan ia adalah daripada Allah. Ayat al-quran itu walaupun yang paling
pendek, tidak dapat ditandingi oleh manusia.
Maksudnya: dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami
turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan
datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang
Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu
orang-orang Yang benar ( Surah Al-Baqarah 2;23)
2. Mendapat kebaikan dengan dapat membaca secara wakaf pada setiap
akhir ayat. Antara lain juga, ulama mengatakan membaca dengan wakaf pada setiap
akhir ayat itu adalah sunat hukumnya.
3. Ayat al-quran dan membacanya di dalam sembahyang dan ia adalah
syarat utama. Contohnya: sesiapa yang tidak mampu membaca al-fatihah di dalam
sembahyang wajib membaca tujuh ayat yang lain sebagai ganti tujuh ayat
al-fatihah.
4. Ayat al-quran dan membacanya di dalam khutbah jumaat adalah
termasuk di dalam salah satu rukun khutbah. Iaitu khutbah jumaat wajib membaca
satu ayat al-quran yang lengkap adalah tidak sah dengan sebahagian atau separuh
ayat biarpun ia adalah panjang.
5. Imam al-suyuti mengatakan : mengetahui ayat-ayat al-quran,
bilangan dan fashilahnya, memain peranan besar dalam hukum fiqah.
6. Menambah keyakinan bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi
Muhammad s.aw.
No comments:
Post a Comment